Translate

Monday, 3 November 2014

Pulau Tioman merupakan sebuah pulau  yang terkenal dikalangan peminat sukan menyelam. Pulau Tioman memiliki keluasan 39 km panjang dan 12 km lebar.Pulau Tioman merupakan sebuah pulau di sebelah timur Semenanjung Malaysia ,di antara sempadan Pahang dan negeri Johor. Pulau Tioman sebenarnya terletak dalam Rompin pentadbiran negeriPahang Darul Makmur. Bentuk Pulau Tioman dari udara seperti seketul paha ayam 70 km dari Mersing, Johor.Mersing ialah jeti yang paling popular di kalangan pelancong. 36 batu nautika dari jeti Tanjung Gemok, Kuala Rompin di Pahang.




PELANCONGAN
Jumlah pelancong yang mengunjungi pulau ini pada tahun 1998 ialah 800-1200 orang. Antara pelancong yang mengunjungi pulau ini berasal dari Negara JermanPerancisItaliEnglandSingapura dan lain-lain negara. Dalam setahun, 10,000 - 50,000 pelancong datang ke pulau ini. Pada tahun (2009) anggaran pelancong yang berkunjung ke pulau ini meningkat. Jumlah pelancong yang mengunjungi pulau ini mencecah 30,000 - 50,000 orang sebulan. Kebanyakan pelacong yang datang ke pulau ini berasal dari Eropah. Tempat yang menjadi tumpuan ramai untuk dikunjungi ialah Kg.Salang. Antara resort popular di Kampung Salang ialah Salang Pusaka ResortSalang Sayang Resort & Salang Indah Tioman, kebanyakkan resort diusahakan oleh penduduk Kampung Salang sendiri.





Asal usul nama
Menurut kisah dongeng yang dipercayai penduduk tempatan, Tioman berasal dari sepasang naga. Pada zaman dahulu kala, sepasang naga suami isteri (naga jantan dan naga betina) meninggalkan Tasik Chini ke laut melalui Sungai Pahang. Dalam perjalanan, naga ini tertinggal kain cindai lalu berpatah balik. Malangnya, waktu itu ayam telah berkokok. Naga ini pantang mendengar ayam berkokok. Oleh sebab melanggar pantang, naga betina bertukar menjadi pulau. Sementara naga jantan bertukar mrenjadi Gunung Nenek Semukut iaitu sebuah gunung yang terdapat di Pulau Tioman.
Menurut kajian arkeologi oleh J. Collin pada tahun 1992, telah ditemui kuali dan seramik purba di Kampung Juara dan Teluk Nipah berhampiran dengan Kampung Mukut.
Pada bulan Mei 1690, seorang pengembara bernama Dr. Kaempfer dalam dari perjalanan Batavia ke Ayuthia (Jakarta ke Thailand) pernah singgah di Pulau Tioman dan membuat catatan tentang keindahan Pulau Tioman
Terdapat kubur keramat Datuk Bukit di Bukit Datuk. Kubur keramat ini terletak berdekatan dengan Kampung Juara.


No comments:

Post a Comment