KUCING
Kucing dikenali sebagai kucing bela jinak ialah mamalia karnivor kecil dari subspesis Felis silvestris catus. Ia
adalah keturunan kucing
liar Afrika, Felis silvestris lybica dan mungkin dijinakkan 3,500 tahun
dahulu di zaman Mesir
purba,
di mana ia digunakan untuk menjaga simpanan bijirin daripada tikus dan roden yang lain.
Hari ini kucing merupakan salah satu daripada haiwan belaan rumah yang paling
terkenal di dunia.
Kucing yang keturunannya berdaftar secara
rasmi dipanggil kucing baka, kucing baka tulen atau kucing pertunjukan. Kucing
baka tulen adalah kurang dari satu peratus daripada keseluruhan populasi
kucing; kucing yang mempunyai baka campuran dirujuk sebagai bulu-panjang bela jinak dan bulu-pendek bela jinak.
Terdapat pelbagai baka kucing domestik, ada
yang tidak berbulu ataupun ekor, dan mereka wujud dalam beraneka warna yang
berlainan dan ada juga mempunyai banyak warna. Mereka adalah pemangsa yang mahir dan
diketahui bahawa mereka memburu lebih dari seribu spesies haiwan lain sebagai
makanan. Mereka juga haiwan yang pintar dan ada yang berkebolehan untuk
menggunakan mekanisma ringkas seperti tuil pintu atau tandas
manusia, seperti yang dijelaskan dibawah. Mereka berhubung dengan mengiau
("meow"/"miaou"), mengeluarkan bunyi 'purrr', berdesis dan
juga isyarat anggota. Kucing boleh dikatakan baru lagi dijinakkan, oleh itu
kucing juga boleh hidup di kawasan liar dan selalunya mereka akan membentuk
satu koloni kecil. Hubunganmanusia dan kucing
menyebabkan kucing dipuja di dalam dongeng dan legenda dari beberapa bangsa, contohnya Mesir
Purba,Viking dan juga Cina.
Abu Qatadah berkata bahawa Nabi
Muhammad SAW
pernah bersabda, "Kucing itu tidak najis. Ia binatang yang suka
berkeliling di rumah (binatang perumahan)," [Hadis Riwayat At-Tirmidzi,
An-Nasa'i, Abu Dawud, dan Ibnu Majah].
Diriwayatkan dan Ali bin
Al-Hasan, dan Anas yang menceritakan bahawa Nabi Muhammad SAW pergi ke Bathhan suatu
daerah di Madinah. Lalu,
baginda bersabda, "Ya Anas, tuangkan air wudhuk untukku ke dalam bejana."
Lalu, Anas menuangkan air. Ketika sudah selesai, Nabi menuju ke bejana. Namun,
seekor kucing datang dan menjilati bejana. Melihat itu, Nabi berhenti
sehinggalah kucing tersebut berhenti minum lalu (baginda) berwudhuk. Nabi
ditanya mengenai kejadian tersebut, beliau menjawab, "Ya Anas, kucing
termasuk perhiasan rumah tangga, ia tidak dikotori sesuatu, bahkan tidak ada
najis."
Diriwayatkan dari Dawud bin
Shalih At-Tammar dan ibunya yang menerangkan bahawa hambanya memberikan Aisyah
semangkuk bubur.
Namun, ketika ia sampai di rumah Aisyah, tenyata Aisyah sedang solat. Lalu,
ia memberikan isyarat untuk menaruhnya. Sayangnya, setelah Aisyah menyelesaikan
solat, ia lupa pada buburnya. Datanglah seekor kucing, lalu memakan sedikit
bubur tersebut. Ketika ia melihat bubur tersebut dimakan kucing, 'Aisyah RA
lalu membersihkan bahagian yang disentuh kucing, dan Aisyah memakannya.
Rasulullah SAW bersabda, "Ia tidak najis. Ia binatang yang
berkeliling." Aisyah pernah melihat Rasulullah SAW berwudhuk dari sisa
jilatan kucing, [Hadis Riwayat AlBaihaqi, Abd Al-Razzaq, dan Al-Daruquthni].
Hadis ini diriwayatkan dari
Malik, Ahmad, dan Imam Hadis yang lain. Oleh kerana itu, kucing adalah
binatang, dimana, peluh, bekas dari sisa jilatannya adalah suci.
Nabi Muhammad SAW juga pernah
memberi gelaran kepada Abd al-Rahman ibn Sakhr Al-Azdi sebagai "Abu
Hurairah" yang beerti "Bapa anak-anak kucing" kerana
sikapnya yang sangat menyayangi kucing.
Manakala menurut periwayatan
Hadis Nabi didalam Sahih
Bukhari Jilid
3, Buku 40, Nombor 552, menerangkan cerita seorang wanita yang telah terkena
cakaran oleh seekor kucing dan bagi menghukum kucing itu, wanita tersebut telah
bertindak mengurung kucing dalam sangkar penjara dan tidak memberikan kucing
tersebut makanan atau minuman. Maka wanita itu dibalas/dihukum oleh Allah
dengan buruk atas perbuatan wanita itu.
No comments:
Post a Comment