NASI LEMAK
Nasi lemak merupakan makanan tradisi bagi orang melayu dan kegemaran bagi orang Malaysia. Ianya juga boleh ditemui di Singapura,Indonesia dan Brunei.Nasi lemak dapat ditemui disemua bahagian Malaysia dan juga Singapura.Nasi lemak di masak dengan menggunakan santan kelapa bagi menambah rasa lemakny,kadangkala daun pandan dimasukkan semasa nasi lemak dimasak bagi menambah aroma.Nasi lemak biasanya dihidang bersama telur,timun,ikan bilis goreng,kacang goreng dan sambal.Tetapi kini nasi lemak dijual dengan pelbagai jenis lauk,seperti daging ayam,sotong,dan banyak lagi.
Nasi lemak hidangan yang mudah dan ringkas.Hidangannya lengkap berasakan nasi yang berlemak santan ditambah rasa pedas sambal,kerangupan ikan bilis kepejalan telur rebus dan ditawarkan dengan timun
Jika menulusuri latar sejarah,nasi lemak mempunyai cerita sendir.Maka terciptalah satupantun orang dahulu yang berbunyi:
Nasi lemak buah bidara
Sayangselasih hampa lurutkan,
Buang emak buang saudara,
Kerana kekasih hampa turutkan,
Namun begitu,nasi lemak asalnya bukan merupakan sarapan harian wajib masyarakat melayu,Amalan pemakanan nasi lemak merupakan satu bentuk bekalan hidangan/bungkusan kepada para pesawah padi mahupun orang yang mengusahakan kebun getah,kelapa sawit,sayur-sayuran dan lain2.Oleh itu nasi lemak mempunyai komposisi lemak yang tinggi untuk membekalkan tenaga yang lebih baik dari karbohidrat.